08 June 2013

Minggu Destini Siswa (MDS) , UiTM Tapah

Haaaaaaiiii
Kita dah balik Ipoh. Boleh update blog. Banyak sangat nak cerita.
MDS kat Tapah memang best sangat. Memula memang penat sikit sbb rushing sana sini. Tapi hari hari lain dah okay. Surau kami, Kanopi je. tp Alhamdullilah kami dapat solat.

Taktahu nak ckp apa, tapi kakak abang OC meme best ah. Best gilo , kuat merepek. Terutama abang Aliff ah. Benda merepek jeee yang dia bg kt kteorg. Abang Kimi MPP pon tp sempoi. Hahah dok melayan perangai bro Aliff tu ha. Kak pipa , kak farah , kak fatin , kak izzati semuaaanya baik.Dorang sangat memahami. Kami sentiasa dimanjakan. Time maghrib sempat mandi, kalau taklimat habis cpt, time zohor pon sempat mandi. Makan tak rushing. Berbeza gila dengan Seri Iskandar masa dtg hari Khamis tu. Bersyukur gila tak orientasi kat seri iskandar sbbnya dorang ramai dan tempat dia besar sgt. Seri Iskandar masjid time sembahyang mmg mampat gila. Baru aku faham apa Abang Kimi cakap bersyukur dpt Tapah. Sebabnya mmg different sangat walaupun Tapah kecik dan takde shopping centre untuk enjoy.

Yang sempoi nye akak abang OC ni, time last day MDS ni, semua bangun lambat. Aku bangun 4.30 pg, ramai yg bilik gelap lagi. Hahah. Kakak OC bangun kejap suruh jalan g surau. Then baru dorang bersiap . Abang OC lagi laa, tak bgn bgn. Bebudak yg kejut dorg. Hahah

Masa first time dtg, ade pendaftaran pandulalu. Tapi dtg lambat, dpt la tingkat 3. Jadi ah, roomate sorg je. Bilik dia kecik sikit but worth it la for two people. Roomate saya dari Shah Alam , Syira namanya. Hahah dia friendly la. Ira bilik dia jauh sikit. Selang 4 jor. Tak jauh. Dan hari hari aku kena kejut Ira by knocking her door. Haha . Kalau kena kejut Tati jugak , mmg tumpo sbb dia tingkat 2. Nasib dia bangun pukul 4. Haha cuma ada one time je dia bangun lambat.

ini la bilik saya blok siswi
Time taklimat selalu gila ngantuk. Masha Allah , tolong la. Terjuling juling mata aku , tahan mengantuk. Time taklimat PTPTN mmg kena dengar , nasib time tu tak ngantok. Macam macam taklimat ah. Memang sentiasa mata aku terjuling tahan mengantuk. Hahah lepas tu ada kembara fakulti. Alah UiTM tapah ni kecik sangat. Satu bangunan tu je kelas kteorg. Hehe. Tapi nanti next year, ade bangunan baru. Fakulti saya iaitu fakulti sains komputer dan matematik! Yeay dpt fakulti baru yeay! nanti ada fakulti perakaunan sekali. Selamat datang ya!

Okay time hari khamis kteorg kena pergi UiTM Seri Iskandar, tayar bergolek pukul 6.30 pagi. Smpai sana dekat sejam. Taktahu la dorg ni ikot jalan mana , sbb lama sgt sampai. Kena pakai tudung UiTM warna purple. Baju putih dan kain hitam. Duduk situ mmg sakit ah. Tempat berbukit, biasalah dah sentiasa dimanjakan, tmpt berbukit mmg penat. Haha. Time masuk DSI , mmg tidur la. Sbb dpt tempat atas. Mengantuk woo walaupon dpt tidur sejam kat dalam bas. Kteorg datang nak tengok live MDS. Pastu ade pertanding malam aspirasi seni, firstly patutnya kena buat kat Tapah, then kena buat dkt SI pulak. So akur jela. Haha walaupun sehari je dorg prepare, dpt number 3 tu macam wow weh wow! sbb nya malu la SI , Dapat prepare berhari hari siap buat slide lagi. Tapah buat persembahan kejap je. Tahniah Tapah. Aku buat cheers je. Haha bakal rindu cheers kteorg. Banyak cheers, lagu sehati sejiwa, lagu seri iskandar, cap ayam, pastu pistol nak aim org. And then Tapah ade trademark sendiri, iaitu Okk...ayy. Sekali dengan tangan . hehe. Abang Kakak OC are too supportive.

Time last day MDS, seperti yang dimaklumkan di atas, ramai bangun lambat k. Hahah. Laki pon skerat je bangun awal. Then kami ade 2 je taklimat hari tu. Taklimat form penolong rektor and taklimat I-learn. Pastu habis. Then ada ucapan dari kakak abang OC. Kteorg tunggu abang Nash berucap. Then dia nangis. Terharu woo. Itulah idola kami semua.Dorang semua ingat kami ni batch yg sangat pasif, but at last actually kteorg ni sangatlah sporting nak mampos. Berapa kali duuu ada tembak kat audi. Hahaha. Tamatlah MDS kami yang tersangat sangat lah best. Sedih ada, sbb inilah time kami berkumpul bersama. Seronok sbb dah boleh start belajar. Oh dah habis lah cerita pasal MDS ni. Nak study addmaths utk test hari isnin. Bye !






3 comments:

amir said...

not seeing you, it been a while, seeing you wearing baju kurung, way more longer time not seeing it...hehe..hai faa

Unknown said...

nk tanya,minggu mds dkat uitm tapah ni para siswi nak kena pakai bju kurung putih+kain hitam+tudung hitam ke?

nur atiqah said...

hi akak.ahad ni kite daftar uitm tapah, act dah lama nak cari pasal uitm tapah ni then jumpa blog akak. btw nak tanya, setiap tingkat memang satu bilik 2 orang atau berbeza-beza?