Assalamualaikum pembuka bicara kepada blog aku yang dah bersawang.
Bersawang bukan apa, sebab busy mengalahkan Perdana Menteri. Ahh konon.
Itu semua konon dan itu semua poyo. Cuma masa ku untuk menulis blog tidak ada.
Sungguh , dah lama aku tak cerita , tak luahkan. Nak cerita , nak luah. Tapi masa tak ada.
Pahit manis semua telan sendiri tanpa ada luahan kepada blog kesayangan.
Kalau sayang kenapa tak ada masa ? Maafkan aku. Sesungguhnya belajar itu penting bagi aku.
Walaupun aku tahu , betapa kerasnya aku belajar , susah untuk dapat apa yang aku nak.
Tapi selagi ada oksigen menyalur untuk aku terus bernafas , aku akan terus belajar.
Jihad. Walaupun itu cuma jihad kecil.
Banyak aku dah belajar , meski keluar masuk , tapi aku cuba masukkan balik.
Aku bersyukur aku ada Diro , Mairah . Penyokong aku , tak pernah bagi aku jatuh.
Kalau aku jatuh bukan sebab mereka , mungkin sebab aku ataupun sebab 'kawan' yang menjatuhkan semangat aku.
Dalam diam. Ye dalam diam. Dulu janji apa, sekarang janji apa. Itu semua dulu , takpa aku tak mahu
membangkit isu itu.
Betullah ada petikan tu kata , kita ada kawan yang jumpa hari hari dan yang jarang sangat jumpa but deep down, yang jarang jumpa itu adalah tempat luahan yang terbaik.
Aku jugak belajar erti rindu bila duduk di asrama. Aku belajar rindu mak, ayah , kakak , abang sedalam-dalamnya. Dari situ jugak lah aku belajar erti sayang akan mereka bila dah jauh.
Bila dah jauh baru nak hargai tapi tak mengapa . Sekurang kurangnya aku tahu erti rindu dan sayang.
Erti perlu, erti hilang.
Bila kat asrama aku bergantung penuh pada diri meski aku tak pernah percaya akan diri aku untuk bergantung pada diri sendiri. Tapi aku yakin , aku boleh.
Aku boleh bila aku ingat Allah, mak , ayah , kakak , abang , diro dan umar rodi kononnya.
Aku nak buat mak dan ayah bangga dengan aku.
Walaupun masih terlalu awal dan masih tidak yakin...
Bagaimana untuk aku yakin?
Kalau aku tak percaya dekat diri aku?
Mak selalu kata , jangan cakap begitu.
Bagaimana untuk tidak mengatakan sebegitu rupa ?
Aku tak ada kekuatan.
Tapi tak mengapa , Farah boleh cari kekuatan itu.
Carilah.
Kadang kadang aku terasa seorang . Ada yang tak memahami.
Tak pernah memahami.
Sudahlah.
Habis cerita.
Cukup luahan yang tak terkata.
Yang sudah tersimpan lama.
Tapi tak mengapa , Farah boleh cari kekuatan itu.
Carilah.
Kadang kadang aku terasa seorang . Ada yang tak memahami.
Tak pernah memahami.
Sudahlah.
Habis cerita.
Cukup luahan yang tak terkata.
Yang sudah tersimpan lama.
No comments:
Post a Comment