27 July 2014

Dah nak raya ke kita ?

Assalamualaikum wahai blog aku yang dah bersawang , berhabuk.
It has been a long time , padehal baru 2 bulan.
Maaflah , jari jemarii aku malas nak menekan papan kekunci untuk menghapdate blog ni.
Banyak kerja.
Banyak juga cerita.

Cerita apa ? Bukannya ada siapa pun baca. Acah acah je kan. Hahah
Mmg tak ada siapa pun yang tahu blog ni.
Kecuali--
Rakan sekolah menengah aku. Itupun dah tak follow up dah kot.
Baru haritu bukak blog depan Yati dan...Nadine.
Yati mencacai. "Tak sangka hang dapat tulis macam ni"-
Iyalah yati, BM aku noob , noob sangat. Sampai takda sapa pun paham kecuali lah engkau dan roomate yg lain.
Bila keluar baku dia--
tudiaa , hang takyah la nak baku ngat aih.

Okay , ceritanya mmg dah nak raya.
Lebaran gittew.
Ahlan wahsahlan ya Syawal.
Wada 'an ya Ramadhan.
Semoga bertemu lagi wahai bulan suci.
Aku berharap ini bukan yang terakhir untukku.
Ramadhan yang paling aku rasa macam....woi bila aku nak rasa lapar?!
Penat tu adalah sikit.

Masa hari Jumaat itu hari , baru aku tersedar dari lamunan.
Lamunan apa ?
Lamunan lagi tiga hari nak raya.
Nasib lah, nasiblah.
Yati yang bagitau. Tak ada Yati , mungkin baru hari ini aku perasan yang esok dah raya.
Raya ?
Ya raya. Dah tak rasa suasanannya sementelah Atok kesayangan dah pergi.
Pergi meninggalkan aku. Kehilangan tu masih terasa.
Sebab apa? Sebab dialah tempat aku bermanja, bercerita , mintak macam macam(dan opkos--
mintak duit tapi bukanlah sebab tu aku sedih, obviously!)
Aku rindu , rindu sangat sangat.
Tak sesadis , tak setragic disaat Pak Lang aku pergi...
Pak Lang hilang tanpa cerita , disaat aku terima berita,
berita pada malam raya...
Ya , malam raya . Waktu tu, aku tengah buat kuih raya.
Tup tup , dapat berita , polis jumpa mayat Pak Lang.
Terduduk , sebak dengar.
Orang lain main mercun, buat persediaan nak raya.
Keluarga besar aku? Buat persediaan untuk Pak Lang--
Alhamdulillah , wangi je Pak Lang. Ramai yang solatkan sekujur tubuh kaku itu.
Selepas solat raya , berpusu-pusu yang nak solatkan.
Malam ini, esok. Cukuplah setahun Pak Lang dah takde.
dan tahun ke-3 tanpa atuk.
Amanlah kalian disana. Tak pernah putus doa utk kalian, Insha Allah.

Aasiff wahai ayaq mata, sikit lagi hang nak menitik.
Takmo takmo.

No comments: