31 December 2013

Kata

Bukan niatku untuk menjauh,
Bukan juga niatku untuk pergi.

Aku perlu perbaiki diriku untuk Dia.
Kau harus faham keadaanku.
Aku ingin mencapai serta mencari mardhatillah.
Bantu aku dengan memahami.
If we are meant to be , sampai mana aku pergi , sampai mana aku menjauh, we will be together.
Jangan risau.
Mungkin aku bukan terbaik untukmu , bersangka baik dengan Allah selalu.
Dia akan beri yang terbaik untukmu dan jua untukku.
Kita sama sama perbaiki diri.

Aku perlu masa.
Masa untuk memperbaiki diri.

Kau taktahu. Masa silam aku bagaimana.
Dan jangan pernah kau ambil tahu.
Aku pernah lalu zaman hitam, zaman jahiliyah.
Saat banyak buat kesilapan dan buat tak ambil tahu.
Jadi, aku rasa inilah peluang dan masaku untuk perbaiki diri .
Mungkin belum sempurna dan tidak akan sempurna, namun kucuba.


Kau tahu dunia ini pentas lakonan.
Kau lihat itu ini cuma lakonan.
Kalau hati kau rapuh, kembalilah kepadaNya.
Luangkan masa.
Rasalah indahnya macam mana.

Jangan kau pernah rasa sedih,
tapi disaat kau rasa begitu,
kau ingat padaNya.
Cari dan luahkan.
Luah padaNya kerana Dia Maha Mendengar.

Tak perlu luah pada umat manusia.
Kau telan pahitmu sendiri.
Allah kan ada? Dia yang memahami.
Dia bagi ujian sebab sayang.

Cukuplah aku berkata.
Pegangan agamaku masih belum teguh.
Belum cukup aku gali.
Tapi aku bersyukur , ada sahabat yang sentiasa memberi serta berkongsi.
Terima kasih.








No comments: