20 November 2014

Yang Ada

Baru aku tahu ,
Tak semua memahami dirimu ,
Tak semua ada denganmu,
Tak semua mahu selami diri dengamu.

Semua.
Ketahuilah yang ada setia , selami , memahami dirimu adalah Dia.
Lebih dari cukup.
Doa , usaha , tawakal dan yakin denganNya.

Ada Dia ,
Tak sekali engkau terluka.
Tak sekali engkau terbabas kerana dunia.

Hati , semoga engkau kuat menyelami liku-liku kehidupan sendirian bersamaNya,
Sampailah engkau bertemu titik habis hidupmu.
Janji denganku , untuk kuat sentiasa.
Kalau mahu menangis , rebah didepanNya.
Bukan di umat manusia .

Terkilan.
Terkilan hati ini.
Aku tahu aku tak punya apa .
Aku bukanlah yang pertama.
Tapi , aku bukan suka-suka dengan keputusanku.


No comments: